Saya buat marketplace ala mudah dot my dulu

Saya buat marketplace ala mudah dot my dulu

Kemudian fail. Hari ni baru nak cerita

Bisnes online pertama pula tu

Pedih. Luluh

Apatah lagi, untuk fund projek ini

Saya guna duit PTPTN, simpanan tabung haji dan

KWSP arwah abah sikit. Cukup 18 tahun, dah boleh bawa keluar

Masa tu saya masih diploma

Membara-bara nak jadi usahawan orang kata

Tak fikir sangat strategi, risiko, bisnes model

Semua nak ikut perasaan dan rasa aku nak buktikan sesuatu

Mark Zurkerberg boleh. Takkan aku tak boleh? hehe

Gitu la sumber inpirasinya untuk bermula

Masa tu saya nak buat marketplace ala Mudah.

Ala ala sahaja.

Kira Mudah dot my untuk student

Student boleh beli buku, pakaian, barang terpakai sesama dorang

Nak buat website masa tu tak reti coding

Jadi upah orang. Google google terjumpalah website Majalah dot com

Dekat situ banyak iklan orang buat website.

Iklan pelik-pelik pun banyak situ

Dan saya contact dia. Kemudian masa cuti sem, saya pergi jumpa dia di Kajang

Dari situ saya berkenalan dengan developer dari indonesia

Power orang nya. Dia buat seorang sahaja.

Faham-faham jelah ibarat itik dengan ayam

Kita ni memang zero. Saya bagitahu

Nak macam ni, macam itu sahaja saya kata. Tetapi dia buat

Yang kelakarnya, peristiwa yang berlaku sebelum itu

Ada seorang lecture ni ajar saya pasal subjek asas komputer (tak silap)

Saya baru sem 2. Dengan yakin nya saya call dia dan offer

“..Sir berminat tak kalau saya nak upah sir untuk buat website saya?..”

Yakin betul tuan puan waktu tu

Sekarang website ekongsi masih ada. Cuma direction sahaja dah berubah

Website ekongsi sekarang saya jadikan projek bantu Ibu tunggal

Website eKongsi Disini

Related Articles

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.

Blog Pendidikan

Job buat website

Job buat website Klien agen perfume kereta Buat masa ni saya tak ambil job buat website Cuma klien ni betul-betul minta tolong Dia dah beli

Saya pelajar sains sosial dulu

Saya pelajar sains sosial dulu Saya ada belajar Teori Keperluan Maslow Masa tu tak faham untuk relate Walaupun dapat A. Saja lah selit. Lama kelamaan

Lama dah tak post

Lama dah tak post Ada 1 tahun juga tak post apa-apa Orang kata gen Y akhir ni banyak main tiktok Tak layan dah facebook Entah.

© 2025 All Rights Reserved.

Artikel Umum Popular

Artikel Kripto Popular

Scroll to Top