Mesti ada antara anda yang tercari-cari, apakah cara mudah untuk cipta laman web sendiri kan?
Jadi, untuk segmen artikel kali ni, jom kita borak tentang panduan ringkas cipta laman web sendiri.
Kalau dulu, benda ni macam ala-ala untuk pakar IT je, tapi sekarang, semua orang boleh buat sendiri sebenarnya.
Cuma nak dengan taknak je kita belajar.
Jadi, nak tahu macam mana?
Haa, jom semak panduan ringkas ni.
Sebelum start apa-apa, anda kena decide dulu apa tujuan sebenar laman web. Nak buat personal portfolio ke, nak jual barang online ke, atau mungkin nak kongsi pengetahuan pasal hobi.
Tujuan ni memang penting. Bila dah tahu tujuan, senang sikit nak rancang macam mana nak bina laman web nanti.
Okay sebelum tu, kalau anda nak tahu dengan lebih teliti mengenai panduan ringkas ni, anda  boleh dapatkan terus di sini.
Terdapat 5 modul yang dikongsikan dalam panduan ini, antaranya adalah:-
Modul 1: Pengenalan & Beli Domain serta Hosting
ambil tahu perkara ni sebelum melabur nft
Okay, mari kita mula dengan langkah pertama dalam membina laman web sendiri.
Pertama sekali, anda perlu faham kenapa pentingnya ada laman web sendiri.
Ada banyak kelebihan, tau!
Dengan laman web sendiri, anda sebenarnya boleh kawal apa yang nak ditunjukkan pada orang ramai, sama ada portfolio peribadi atau produk untuk dijual.
Langkah seterusnya, anda perlu beli domain dan hosting. Domain tu macam alamat rumah dalam dunia maya, manakala hosting tu tempat anda simpan segala data laman web.
Banyak syarikat jual domain dan hosting, jadi anda boleh pilih yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan.
Lepas dah dapat domain dan hosting, anda boleh setup pula di cPanel.
Apa itu cPanel?
CPanel ni macam satu dashboard yang beri anda akses untuk uruskan segala perkara tentang laman web. Setup ni penting sebab dari situ anda boleh kawal apa yang nak dipaparkan dalam laman web nanti.
Modul 2: Tutorial Setup WordPress
Dalam modul kedua pula, kami akan dedahkan tentang cara teliti setup WordPress.
WordPress ni macam platform yang akan bagi anda kemudahan dalam mengendalikan laman web.
Cara nak setup dia senang je, ikut langkah-langkah yang diberikan.
Lepas tu, anda boleh la create page, pilih theme, dan customize laman web mengikut citarasa.
Pastikan anda tak lupa nak create blog post. Blog post ni juga penting untuk anda kongsi cerita, pengetahuan, atau pun produk.
Selain itu, tukar nama laman web dan tagline pun senang je, ikut je petua yang diberikan.
Modul 3: Cara Install Elementor
Seterusnya, anda akan diajar salah satu langkah penting iaitu install Elementor.
Elementor ni macam plugin yang akan bagi anda lebih banyak kawalan dalam customize laman web.
Tak susah pun nak install, ikut saja langkah yang diberikan. Lepas tu, anda boleh edit laman web mengikut kreativiti masing-masing.
Gunakan template Elementor untuk senangkan kerja, dan jangan lupa save template yang anda suka.
Modul 4: Apa itu WooCommerce?
Okay, sekarang kita cakap pula tentang WooCommerce.
WooCommerce adalah platform e-commerce untuk anda jual produk online.
Kami akan beri panduan yang paling ringkas untuk install dan gunakan WooCommerce ini.
Lepas dah install, anda boleh setup produk dan payment gateway, supaya pembeli boleh beli produk dengan mudah.
Modul 5: Kelas Online Percuma
Last but not least, untuk bantu anda selesaikan segala masalah dan kebuntuan, kami akan sediakan kelas online percuma setiap 2 minggu sekali.
Dalam kelas ni, anda boleh tanya apa-apa sahaja soalan yang berkaitan berkaitan cipta laman web.
Jadi, jangan malu-malu, tanya saja apa yang tak faham.
Kami sedia membantu!
Kesimpulannya, cipta laman web sendiri ni sebenarnya tidaklah susah sangat, asalkan kita tahu langkah-langkah asasnya.
Jadi dengan panduan ringkas ni, anda dah boleh mula rancang dan bina laman web sendiri tanpa perlu upah orang lain.
Jadi, apa tunggu lagi?
Mari bina laman web impian anda sekarang!
BERITA BAIK – Saya ada keluarkan panduan lengkap buat website tanpa coding. Boleh dapatkan di pautan iniÂ