Langkah demi Langkah Pilih Tema & Design Laman Web

Adakah anda merupakan antara individu yang dah ada dan nak design laman web sendiri?

Jika ya, tahniah!

Tapi, tunggu dulu, sebelum anda teruja nak publish laman web, anda perlu fikir dulu tentang tema dan design laman web.

Tema dan design ni penting memandangkan ia yang akan menjadi wajah laman web anda.

Jadi, kami di sini ingin berkongsi serba sedikit panduan langkah demi langkah untuk anda pilih tema dan design yang terbaik.

 

Langkah 1: Fikirkan Kegunaan Laman Web Anda

 

Pertama sekali, anda perlu fikirkan apa tujuan sebenar laman web.

Macam yang dinyatakan dalam post artikel ini.

Nak jual produk ke, nak kongsi pengetahuan ke, atau nak tunjukkan portfolio ke?

Apa pun tujuannya, pastikan tema dan design laman web anda sesuai dengan tujuan yang dinyatakan.

 

Langkah 2: Tetapkan Gaya Design Laman Web Yang Anda Sukai

 

design laman web

pros dan cons melabur nft

Setiap orang ada style design yang berbeza-beza.

Ada yang suka design minimalis, ada yang suka design yang colourful dan penuh dengan grafik.

Jadi, fikirkan dulu style design yang anda suka sebelum pilih tema.

Ini akan bantu anda untuk narrow down pilihan tema yang ada.

 

Langkah 3: Pilih Tema Yang Responsif dan SEO-Friendly

 

Tema yang responsif ni sebenarnya sangat penting supaya ia boleh adapt dengan baik di pelbagai jenis peranti, sama ada desktop mahupun telefon pintar.

Lagi satu, pastikan tema yang dipilih tu SEO-friendly.

Maksudnya, tema perlulah yang relevan untuk search engine supaya laman web anda boleh dapat ranking tinggi dalam hasil carian Google.

 

Langkah 4: Pertimbangkan Faktor Lain

 

Kebanyakan tema tu memang dah cantik dari segi asal, tapi jangan lupa untuk fikirkan juga kemudahan dalam customization.

Cuba cari tema yang beri anda ruang untuk customize mengikut citarasa.

Kadang-kadang, kita nak juga tukar sikit design ikut mood, jadi tema yang fleksibel tu sangat penting.

 

Langkah 5: Semak Ketersediaan Sokongan dan Pembaruan

 

design laman web

Selain dari tu, tema yang anda pilih tu kena la ada sokongan yang baik dari developer.

Ini supaya, kalau ada apa-apa masalah berkaitan, anda boleh tanya mereka untuk bantu secepat mungkin.

Selain tu, pastikan juga tema boleh selalu dikemaskini supaya selari dengan perkembangan teknologi terkini.

 

Langkah 6: Uji Tema Sebelum Beli

 

Jadi sebelum anda beli tema, cuba la uji dulu tema tu.

Terdapat beberapa platform yang beri kemudahan untuk preview tema sebelum beli.

Jadi, anda boleh tengok macam mana rupa laman web nanti dengan tema yang dipilih tu.

 

Langkah 7: Bajet Anda

 

Jangan lupa untuk ambil kira juga bajet anda sebelum membeli tema.

Bagi anda yang tidak tahu, sebenarnya ada tema yang boleh didapatkan secara percuma, dan tak kurang juga ada yang berbayar.

Jadi kalau anda berminat dengan tema berbayar, pastikan pilih dan beli tema yang berbaloi dengan harga yang dibayar.

Jadi, inilah dia langkah demi langkah panduan terbaik dalam memilih tema dan design yang untuk laman web anda.

Ingat, design laman web tu bukan sekadar cantik mata, tapi juga kena praktikal dan sesuai dengan tujuan korang.

Jadi, pilih dengan bijak dan dapatkan panduan di sini!

Related Articles

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2024 All Rights Reserved.

Blog Pendidikan

Job buat website

Job buat website Klien agen perfume kereta Buat masa ni saya tak ambil job buat website Cuma klien ni betul-betul minta tolong Dia dah beli

Saya pelajar sains sosial dulu

Saya pelajar sains sosial dulu Saya ada belajar Teori Keperluan Maslow Masa tu tak faham untuk relate Walaupun dapat A. Saja lah selit. Lama kelamaan

Lama dah tak post

Lama dah tak post Ada 1 tahun juga tak post apa-apa Orang kata gen Y akhir ni banyak main tiktok Tak layan dah facebook Entah.

© 2024 All Rights Reserved.

Artikel Umum Popular

Artikel Kripto Popular

Scroll to Top