Mudah Untuk Beginner: Cara Tingkatkan Fungsi Plugin WordPress

Artikel kami kali ini adalah untuk mereka yang baru nak belajar tentang WordPress dan nak jadikan laman web anda jadi lebih power dan bergaya. Kalau nak tahu rahsianya adalah dengan plugin WordPress.

Kami percaya ramai yang tak tahu macam mana cara yang betul nak guna plugin.

Jadi, ini adalah antara cara yang senang untuk anda tingkatkan fungsi plugin WordPress anda.

 

1. Install Plugin Yang Perlu Sahaja

 

Ingat ye, jangan install plugin terlalu banyak bagai nak rak.

Pilih plugin yang memang betul-betul anda perlukan untuk laman web tersebut.

Ini kerana, situasi plugin yang berlebihan akan melambatkan laman web anda.

Jadi, pilih dengan bijak.

 

2. Konsisten Update Plugin

 

Anda juga kena konsisten untuk update setiap plugin yang ada.

Sebenarnya, bila developer keluarkan ruang untuk update, anda perlu ambil serius kerana itu bukan main-main.

Jangan malas nak update plugin kerana mungkin ada feature baru yang ditambah atau ada bug yang perlu dibetulkan.

 

3. Pelajari Cara Guna Plugin Dengan Betul

 

plugin wordpress

perkara perlu tahu sebelum melabur nft

Sebelum anda install plugin tu, pastikan anda tahu macam mana cara nak guna dengan betul.

Anda boleh lawati laman web yang menyediakan tutorial tentang selok belok plugin-plugin popular ini.

Jadi, jangan malas untuk belajar.

 

4. Test Plugin Sebelum Pasang Pada Laman Web

 

Seterusnya, cuba test plugin yang dipilih dulu sebelum anda pasang pada laman web.

Ada beberapa plugin yang mempunyai fitur demo, jadi boleh lah anda test dahulu sebelum decide nak pasang ke tak.

 

5. Pastikan Plugin Sesuai Dengan Tema Dan Versi WordPress

 

Ni pun penting tau. Pastikan plugin yang dipilih itu sesuai dengan tema dan versi WordPress yang anda guna.

Jika tidak, boleh ada masalah yang lebih serius nanti.

 

6. Uninstall Plugin Yang Tak Digunakan Lagi

 

Jika ada plugin yang anda tidak gunakan lagi, uninstall saja jalannya.

Tak perlu simpan terlalu lama dalam laman web.

Hal ini kerana, lagi banyak plugin tersimpan, lagi berat la laman web anda.

 

7. Backup Laman Web Sebelum Install Plugin Baru

 

plugin wordpress

 

Jangan lupa untuk backup laman web anda  sebelum install plugin baru.

Jadi, sekiranya ada apa-apa masalah yang tak diingini terjadi nanti, senang lah nak restore balik.

 

8. Jangan Gunakan Terlalu Banyak Plugin Yang Sama Fungsi

 

Jika ada plugin yang sama fungsi, pilih satu sahaja yang paling berkenan di hati.

Tak perlu install terlalu banyak.

Lagi banyak plugin, lagi kompleks la laman web anda.

 

9. Berhati-hati Dengan Plugin Percuma

 

Plugin percuma memang best, tapi anda perlu berhati-hati.

Kadang-kadang plugin percuma yang tersedia, ada malware atau ada iklan yang tak diingini.

Kesimpulannya, pastikan anda mempunyai plugin yang betul-betul tepat dan sesuai dengan laman web anda.

Jangan segan untuk layari laman web kami atau mana-mana laman yang menyediakan info terkini mengenai plugin dan laman WordPress.

Selamat mencuba dan dapatkan panduan ringkas di sini!

Related Articles

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2024 All Rights Reserved.

Blog Pendidikan

Job buat website

Job buat website Klien agen perfume kereta Buat masa ni saya tak ambil job buat website Cuma klien ni betul-betul minta tolong Dia dah beli

Saya pelajar sains sosial dulu

Saya pelajar sains sosial dulu Saya ada belajar Teori Keperluan Maslow Masa tu tak faham untuk relate Walaupun dapat A. Saja lah selit. Lama kelamaan

Lama dah tak post

Lama dah tak post Ada 1 tahun juga tak post apa-apa Orang kata gen Y akhir ni banyak main tiktok Tak layan dah facebook Entah.

© 2024 All Rights Reserved.

Artikel Umum Popular

Artikel Kripto Popular

Scroll to Top