Hai semua pembaca! Jadi, hari ni kami nak berkongsi tentang salah satu perkara penting untuk laman web anda, iaitu UX Design.
Ia adalah singkatan kepada User Experience Design, dan ia antara feature yang sangat penting untuk laman web.
Jadi, ini adalah 5 sebab kenapa anda perlu utamakannya untuk laman web.
1. Pengguna Senang Navigasi dengan UX Design
Pertama sekali, ia akan membantu anda cipta laman web yang senang untuk dinavigasi.
Maknanya, pengguna tak perlu pening-pening nak cari maklumat atau produk dalam laman web anda.
Jika laman web anda bersih dan teratur, pengguna akan lebih selesa dan mungkin akan stay lebih lama dalam laman web tersebut.
2. Tingkatkan Kepuasan Pengguna
apa itu metamask digital crypto
Bila UX Design pada laman web anda bagus, ia akan tingkatkan kepuasan pengguna.
Mesti anda nak pengguna happy dan puas hati bila visit laman web anda, kan?
Jadi dengan adanya UX Design yang baik, pengguna akan dapat experience yang smooth dan menyenangkan ketika melayari laman web anda.
3. Kurangkan Kadar Pemergian (Bounce Rate)
Sebab ketiga, dengan wujudnya UX Design yang baik ni, ia boleh kurangkan kadar pemergian atau bounce rate.
Apa itu bounce rate?
Bounce rate tu adalah kadar pengguna yang masuk ke laman web tapi tak berinteraksi atau tak explore laman web dan terus keluar.
Jadi ia akan membuatkan pengguna rasa tertarik untuk explore lebih lama laman web anda.
4. Tingkatkan Kepercayaan Pengguna
Sifat ciri ini yang profesional, akan meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap laman web anda.
Pengguna akan rasa lebih confident untuk berurusan atau berinteraksi dalam laman web anda yang terlihat professional dan reliable.
5. Meningkatkan Kadar Konversi
Yang terakhir, UX Design yang bagus boleh meningkatkan kadar konversi dalam laman web.
Apa tu konversi?
Konversi ni akan merangkumi pelbagai perkara, contohnya seperti pendaftaran pengguna, pembelian produk, atau pengisian borang.
UX Design yang baik, akan memudahkan proses konversi untuk pengguna dan menggalakkan mereka untuk berinteraksi dalam laman web tersebut.
Jadi, inilah dia, 5 sebab kenapa anda perlu mengutamakannya untuk laman web.
Ingat, pengalaman pengguna tu penting, so jangan ambil mudah ketika design laman web!
Dapatkan panduan ringkas anda di sini!