Amaran Keselamatan Siber: Cara Mudah Lindungi Laman Web

Untuk anda yang mempunyai laman web WordPress, jangan ambil mudah dengan keselamatan siber ye!

Walaupun laman web memudahkan kerja dan proses perniagaan anda namun, terdapat banyak perkara yang memberi kesan buruk dengan cara menyerang laman web anda.

Tapi jangan risau, kami di sini akan berkongsi beberapa tips mudah untuk anda lindungi laman web WordPress dari serangan dalam talian.

 

1. Sentiasa Update WordPress, Tema, dan Plugin

 

Pertama sekali, pastikan anda sentiasa update WordPress, tema, dan plugin.

Aktiviti update ini sangat penting kerana ianya boleh bantu membetulkan bug dan kelemahan dalam kod yang digunakan oleh penyerang atau hackers.

 

2. Guna Password yang Kuat

 

Jangan main-main dengan password yang anda pilih atau tetapkan.

Gunakan password yang kuat, yang mencampurkan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.

Ingat ye, jangan gunakan password yang sama untuk semua akaun yang anda ada.

 

3. Aktifkan Two-Factor Authentication (2FA)

 

keselamatan siber

platform popular beli nft

Two-Factor Authentication ni diibaratkan seperti satu lagi lapisan keselamatan untuk akaun anda.

Jadi selain dari password, anda juga perlu verify dengan kod yang dihantar ke telefon atau email setiap kali mendaftar masuk akaun.

 

4. Backup Laman Web Secara Berkala

 

Backup laman web anda secara berkala.

Jika ada apa-apa terjadi, anda masih mempunyai salinan laman web yang boleh digunakan semula.

 

5. Gunakan Plugin Keselamatan

 

Terdapat banyak plugin keselamatan untuk WordPress yang boleh anda guna.

Contohnya adalah seperti Wordfence atau Sucuri.

Plugin ini juga boleh scan laman web anda bagi mengesan malware atau aktiviti yang mencurigakan.

 

6. Sembunyikan Versi WordPress

 

Anda juga diingatkan untuk tidak menunjuk-nunjuk versi WordPress secara terbuka.

Hal ini kerana jika penyerang tahu versi WordPress anda, senang untuk mereka mencari jalan untuk menyerang laman web anda.

 

7. Batasi Akses ke Fail wp-admin

 

keselamatan siber

Jangan beri sesiapa akses ke fail wp-admin. Batasi akses kepada orang yang betul-betul perlu sahaja seperti, admin atau editor.

 

8. Gunakan SSL Certificate

 

Pastikan laman web anda mempunyai SSL certificate.

SSL ini penting untuk encrypt maklumat yang dipindahkan antara pengguna dan laman web anda, supaya tidak disalahguna oleh penyerang.

 

9. Pantau Aktiviti Laman Web

 

Pantau aktiviti laman web anda secara berkala.

Ada plugin yang boleh bagi laporan aktiviti laman web korang, jadi anda boleh detect jika terdapat mana-mana aktiviti mencurigakan.

 

10. Latih Penggunaan Keselamatan Siber

 

Last but not least, latih penggunaan keselamatan siber kepada sesiapa yang terlibat dalam pengurusan laman web anda.

Mereka perlu tahu cara-cara untuk mengenal pasti ancaman dan tindakan yang perlu diambil.

Jadi, inilah beberapa tips mudah untuk anda lindungi laman web WordPress dari serangan dalam talian.

Ingat, keselamatan laman web tu penting, jadi jangan ambil mudah dan dapatkan panduan ringkas di sini!

Related Articles

10 Artikel Paling Popular

Pendaftaran Program eKongsi

AKAN DATANG!

Program atas talian yang membantu Ibu Tunggal memulakan perniagaan. Modal awal perniagaan disediakan!

© 2025 All Rights Reserved.

Blog Pendidikan

Job buat website

Job buat website Klien agen perfume kereta Buat masa ni saya tak ambil job buat website Cuma klien ni betul-betul minta tolong Dia dah beli

Saya pelajar sains sosial dulu

Saya pelajar sains sosial dulu Saya ada belajar Teori Keperluan Maslow Masa tu tak faham untuk relate Walaupun dapat A. Saja lah selit. Lama kelamaan

Lama dah tak post

Lama dah tak post Ada 1 tahun juga tak post apa-apa Orang kata gen Y akhir ni banyak main tiktok Tak layan dah facebook Entah.

© 2025 All Rights Reserved.

Artikel Umum Popular

Artikel Kripto Popular

Scroll to Top